~ 10 sebab mengapa anda harus mengambil 1 biji pil multivitamin sehari (tak kiralah brand apa yg anda pilih yer..) ~
1 – Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya,
dan tak keterlaluan jika saya katakan kuning telur merupakan
‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi.
Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.
Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti
akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru
saya ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain?
Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk
terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan
nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk
turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!
Pernah dengar
ungkapan ini, “ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”.
Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam
diet.
2 – Faktor sibuk
Faktor kesibukan di zaman moden
menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi
kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar
dan jarang memasak di rumah.
3 – Termusnah akibat dimasak
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu
terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan
manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan
musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg
terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh
badan kita.
4 – Stress (tekanan perasaan, kerja)
Dalam
dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu
menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien
penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan
sebagainya.
5 – Kualiti makanan yang semakin rendah
Kualiti
sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding
kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik)
beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak
‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti
nutrien yang terkandung di dalamnya.
6 – Pencemaran Alam sekitar
Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian
tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem
ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya
diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak
mencukupi.
7 - Tabiat makan memilih
Terdapat individu yang
tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan
laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak
mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam
tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian
(tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak
mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.
8 – Tahap penyerapan nutrien yang rendah
Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya
golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam
memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa
mencukupi.
9 – Harganya yang murah
Secara purata, sebiji
pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai
RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok
sehari, atau sebungkus Keropok Moni (hari-hari tengok iklan ni di TV),
mengapa harus memberikan 1000 alasan untuk membeli multivitamin yang
baik untuk kesihatan?
10 – Role Model kita
Salah satu
rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke
usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin
setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah “Shaklee”).
Itulah dia 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan supplemen
multivitamin dalam dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus,
teruskan amalan mengambil 1 pil multivitamin setiap hari. Buat mereka
yang belum, apa yang ditunggu lagi?
Setiap rakyat Malaysia
seharusnya memiliki sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang
wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah
(buat adik-adik yang masih belajar). Semua orang harus memilikinya, dan
ia tidak terhad untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan sahaja tp
juga utk yg pentingkan kesihatan berpanjangan...
I LOVE YOU....
credit: Your Healthy Steps
No comments:
Post a Comment