Istimewanya Shaklee

Bezanya SHAKLEE berbanding produk pelangsing lain adalah …

1. Memberikan nutrien yang mencukupi.
2. Melindungi otot.
3. Indeks glisemik yang rendah.
4. Penggunaan bahan2 asli bebas GMO.
5. Mengandungi makro & mikro nutrien penting.
6. Diuji secara klinikal.

** Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 20KG DALAM SEBULAN !”..
** Itu sebenarnya diet paling tak berjaya, because the weight lost will rebound!
SELAMATKAH PRODUK SLIMMING YANG KITA AMBIL?

Saya pernah berpeluang mengikut surgeon masuk bilik bedah dan melihat proses pembedahan Bariatrik yang dijalankan dari A-Z. Pembedahan bariatric adalah pembedahan untuk merawat masalah obesiti yang dah teruk atau super obes. Macammana bariatric surgery boleh turunkan berat badan?

Sebenarnya pembedahan ini adalah untuk mengecilkan perut pesakit. Ada banyak jenis bariatric, samada ikat (banding), potong & buang sebahagian perut atau bypass perut (makanan terus ke usus). Kenapa saya Dietitian masuk ke dalam bilik bedah pulak?
Saya dapat privilege masuk ke bilik bedah sebab saya adalah dietitian yang Manage kes-kes super obes dan yang perlu dibedah. Saya akan manage diet dia dari sebelum hinggalah selepas dibedah.. pesakit akan di monitor sehingga capai berat badan yang dikehendaki.

Apa yang saya nak cerita kat sini adalah mengenai lemak dalam badan kita. Semasa proses bedah, saya memang nampak dengan jelas lemak2 yang terdapat dalam perut pesakit. Memang sangat banyak, hingga nak cari kat mana perut pun susah. Jadi saya tengok surgeon terpaksa selak & ketepikan lemak2 tu dulu sebelum boleh di bedah. Ditambah pulak dengan saiz hati yang sangat besar dan menutup perut.. memang proses bertambah rumit sebab perlu ada lagi seorang doktor untuk angkat hati ke atas semasa proses bedah perut. Saiz hati dalam seseorang yang obes memang lebih besar.

Dah habis proses bedah selama 4 jam, saya tanya kat surgeon. Mr…., kenapa tak dikeluarkan dan buang sahaja lemak2 tadi tu, alang-alang dah bedah. Banyak kg yang hilang tu kalau boleh buang lemak2 tu.. macam kita buang lemak ayam..

Surgeon tu cakap.. “You gila ke.. mana boleh simply tarik keluar lemak macam tu.. boleh mati patient. Lemak adalah sel hidup.. dalam tu penuh dengan salur darah dan saraf.. kalau buang, maksudnya kita buang saraf2 tu sekali.. memang tak boleh kacau dia.. lemak kena dibuang secara natural.. SANGAT BAHAYA nak di buang secara terus macam tu..”

Jadi, apa ceritanya dengan produk slimming yang boleh buang lemak dengan mudah.. betul ke buang lemak? Kalau betul, macammana dikeluarkan? Masuk darah? Air kencing? Buang air besar? Peluh? Mestilah berminyak air kencing atau peluh kita kalau memang lemak boleh dibuang semudah itu kan?
Yang menjadi isu adalah.. SELAMATKAH??

Bukan tak boleh langsung ambil produk.. tapi perlu faham dulu apa sebenarnya keperluan badan kita.. Dalam banyak-banyak produk yang disenaraikan oleh anda sebelum ini, hanya ada 1-2 produk sahaja yang bagi saya boleh diambil..

Produk yang nak diambil perlu mempunyai ‘Clinical Trial’, maksudnya kajian yang dibuat secara sistematik dan mengambilkira kesan jangka pendek & panjang. Bukan based on testimoni.. Produk jenis susu yang tidak mengandungi bahan kimia tambahan yang boleh merencat selera makan biasanya agak selamat.. tetapi anda perlu faham, produk ini hanya diambil sebagai ganti makanan (meal replacement) untuk mengurangkan kalori yang kita ambil dalam sehari. Produk susu itu tidak membakar lemak kita.

Kenapa berat turun masa mula2 ambil produk slimming?
Kita rasa sangat gembira bila ambil produk slimming , berat kita turun dengan banyak. Pernah tak kita cek.. apa sebenarnya yang turun?? Sebenarnya memang sangat senang nak turunkan berat badan. Tapi bukan senang nak hilangkan lemak. Kalau ikutkan “pakar kebakaran(BOMBA)” lemak badan manusia akan mencair/terbakar pada suhu >200 oC. Jadi, masa kita bersauna atau buat wrap2 tu, adakah suhu mencecah 200oC. Macammana pulak boleh bakar lemak tu??

Ada banyak jugak produk yang katanya boleh buang lemak & sedut keluar lemak.. Cuba fikir logic, macammana dia bawa keluar lemak tu? Meresap melalui kulit ke? Mesti peluh berminyak kan.. Keluar ikut usus? Mesti kena masuk darah dulu.. kalau tak macammana nak angkut lemak2 tu keluar dari badan? Kalau memang betul masuk darah dulu.. bahaya tu??

Berbalik kepada isu hilang berat vs hilang lemak. 2 perkara yang berbeza.. Anda harus tahu, 60% kandungan badan kita adalah air. Selain lemak, badan kita juga ada otot. Jadi hilang berat tak semestinya hilang lemak.. boleh jadi air atau otot.. Memang mustahil untuk hilangkan berkilo-kilo lemak dalam masa hanya beberapa hari sahaja. Paling cepat lemak boleh hilang pun biasanya dalam 1kg seminggu, itupun dengan exercise yang betul. Anda fikir sendiri la apa yang hilang sebenarnya? Lemak atau air??

Hilang banyak air sangat bahaya.. Dehidrasi boleh menyebabkan gangguan keseimbangan elektrolit dan hormone dalam badan, kalau yang teruk boleh merosakkan buah pinggang. Dan kesan jangka panjang adalah akan kecutkan otot dan akan rendahkan metabolisma badan. So selepas 6 bulan atau setahun, berat akan naik semula ke berat asal atau biasanya double dari berat asal apabila kita start makan macam biasa. Selalunya pesakit2 inilah yang datang jumpa saya di klinik. Dah try macam2 produk, berat dah double or triple dari asal, metabolisma badan dah rendah.. mungkin masih belum terlambat.. tetapi memang sukar nak dibetulkan semula. Sebab tu ramai yang terpaksa dibedah..

Banyak produk sebenarnya guna tektik ini untuk melariskan produk. Dalam produk slimming diletakkan diuretic agen supaya nampak macam berkesan. Berat turun dengan banyak… 10kg seminggu…wow!!! Sila cek semula.. contoh diuretic agen yang selalu digunakan adalah CAFEIN, GINSENG, GUARANA dan EPHEDRA.. kadang2 dia guna nama kimia yang kita tak faham..

Yang lebih bahaya.. ada produk yang masukkan ubat untuk rencat selera makan. Eg: sibutramin. Ubat sibutramin sebenarnya telah di black list penggunaannya disebabkan side effect yang boleh rosakkan hati, buah pinggang dan jantung.. pls cek betul2. Tapi banyak juga yang tak declare kat ingredient, so kita tahu..

Jadi, anda pilih la samada nak cantik dan sihat atau nak cantik tapi tak sihat..

Nasihat saya, sebelum start any produk, make sure kita faham apa keperluan badan kita dan perlu ambil tahu macammana produk untuk bertindak untuk turunkan berat. Jika hanya membazir duit sahaja mungkin tak ada apa2.. duit boleh cari. Tapi jika memberi kesan pada kesihatan..rosak organ..atau apa2 yang berkaitan.. dah tak boleh ditukar semula..

Memang penting untuk kekalkan berat yang normal.. TETAPI turunkanlah dengan SELAMAT..

Mohon LIKE, COMMENT & SHARE jika dah baca. Sama-sama kita prevent kawan2 kita dari jadi SUPER OBES DAN sehingga terpaksa diBEDAH..

-Dietitian-


KENAPA SHAKLEE????

Ramai yang bertanya dan mempersoalkan, KENAPA PERLU SUSAH2 ORDER SHAKLEE, CUMA VITAMIN SAJA… DI FARMASI PUN ADA…

Di sini ingin saya memperbetulkan sedikit persepsi ini. VITAMIN..ya kita boleh mendapatkan vitamin dari mana2 kedai pun. Dalam minuman ringan pun katanya ada VITAMIN C.

Namun vitamin yang sering kita tengok dan sebut tu… ada beberapa perkara yang kita tak pernah ambil tahu:

  • Daripada apa ia dibuat?
  • Apakah ujian2 yang dilakukan ke atasnya?
  • Apakah ia halal?
  • Apakah ia BENAR-BENAR VITAMIN?
  • Sejauh mana keberkesanan dari segi kadar peresapannya?
  • Apakah ia mencukupi untuk tubuh kita?
  • dll

Salah satu perkara yang penting dalam pembuatan vitamin/mineral ialah UJIAN yang dilakukan ke atas vitamin2 tersebut.

Biasanya ada 4 tahap penyelidikan yang dilalukan ke atas sesuatu produk perubatan, dan untuk nutraseutikal biasanya melalui 3 tahap sahaja, atau ada yang kurang dari itu. Ujian2 tersebut ialah:

1. PENYELIDIKAN ASAS - kaji selidik dilakukan dengan pembacaan dari rekod2 yang pernah  
    dilakukan sebelum ini, jurnal dan sebagainya. Mungkin ada melakukan interview.. untuk 
    mendapatkan kefahaman.
 
2. UJIAN MAKMAL - ujian2 dan kajian dibuat di dalam makmal terhadap satu2 produk.
 
3. UJIAN TERHADAP HAIWAN – biasanya tikus digunakan untuk menjalankan ujian ini. Biasa 
    kan kita dengar penyataan “tikus2 yang diberi XXXX mengalami reaksi YYYY”.
 
4. UJIAN KLINIKAL – kajian yang dilakukan terhadap manusia.
Dan Shaklee adalah SATU-SATUNYA produk kesihatan yang melalui ujian klinikal, malah ia turut diuji oleh makmal pihak ketiga bagi memastikan mutu dan keberkesanannya terhadap kesihatan.
Masih ragu-ragu?


Sumber : vitaminsemulajadi.com

No comments:

Post a Comment